Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Sekolah

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Allahyarham Usman Awang (1979)

Koleksi gambar-gambar ketika Sambutan Hari Guru Peringkst Sekolah.

Tuan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri sedang memotong kek sambil diperhatikan Pengerusi PIBG, Encik Lokman; GPK 1, Ustaz Misnan; GPK 2 HEM, Ustazah Noraini; dan GPK Ko-kurikulum, Ustaz Zulraime.
Encik Lokman selaku Pengerusi PIBG sedang menjamu selera.
Ustaz Fauzul Kabir bersama anak murid
 Ustazah Yanti bersama anak murid
Antara guru praktikal yang baru sahaja memulakan praktikal mereka di SRA Bandar Seri Putra.
Ustaz Syahmi bersama anak murid.
Fatah sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim.
Shahrul Aman selaku ketua pelajar sedang memberikan ucapan.
Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"
Tak ingat apa yang disampaikan.
Sajak karangan Allahyarhan Usman Awang
Nasyid dengan gimik yang menggempakkan.
Persembahan murid-murid tahun 4 Ibnu Sina
Seloka
Coral speaking in Bahasa
Dua orang cameraman tambahan, Shahrul Fikri dan Al Abqari.
Apa yang diarahnya tu...?
Shahrul Aman selaku ketua pelajar menyampaikan anugerah khas daripada murid-murid tahun 6.