Malam Sesuci Fitrah Ramadan 2012

Pada Jumaat, 10 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadan 1433H, telah diadakan program Malam Sesuci Fitrah Ramadan 2012 bertujuan untuk menghimpunkan calon-calon PSRA bersama guru dan ibu bapa untuk sama-sama beriftar atau berbuka puasa, solat berjemaah, serta mendengar ceramah.

Ustaz Rijal mengimamkan solat fardhu Asar.
Bacaan Yasin sebelum berbuka.
Ucapan Tuan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri bin Jamian.
Murid-murid mengambil juadah untuk berbuka puasa.
Solat Maghrib berjemaah.
Sambung makan selepas solat Maghrib.
Murid-murid lelaki menjamu selera.
Encik Iqbal selaku YDP PIBG bersama kaum bapa.
Ustazah dan kaum ibu.
Solat Tarawih berjemaah diikuti dengan solat Hajat dan solat Witir.
Encik Iqbal selaku YDP PIBG menyampaikan ucapan.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Fakhrurrazi dari UKM.
Sempat lagi minum. ^_^

* * * * *

Mudah-mudahan, setelah usaha dilakukan diiringi munajat kepada Allah s.w.t., calon-calon PSRA tahun ini boleh mendapat keputusan yang lebih cemerlang, demi kebaikan diri mereka pada masa mendatang.

Gambar sekitar Malam Sesuci Fitrah Ramadan 2012 boleh dilihat di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151028813243863.446201.179473523862