Kem Kepimpinan Pelajar Islam 2012

Kem Kepimpinan Islam (KPI) SRA Bandar Seri Putra 2012 yang diadakan pada 6 hingga 8 April 2012 (Jumaat hingga Ahad) lepas merupakan program yang dilaksanakan sebagai medan latihan kepimpinan untuk lapisan pimpinan murid untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelektual, rohani dan jasmani.


KPI bermatlamat untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai daya kepimpinan yang dinamik dan komprehensif di samping menyiapkan minda murid-murid untuk menjadi contoh cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah kepada rakan-rakan yang lain.


Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini ialah:
  • Membina diri para peserta dengan penerapan roh dalam beribadat dengan menekankan amalan sunat yang muktabar.
  • Menepati falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan murid-murid yang mantap dari segi fizikal dan mental melalui pendedahan kepada aktiviti luar bilik darjah.
  • Menerapkan kepada murid-murid asas kepimpinan yang dituntut Islam.
  • Menjana sahsiah yang cemerlang dan melahirkan kepemimpin yang terbaik di kalangan para pengawas sekolah, ketua kelas, dan penolong ketua kelas.
  • Mengeratkan ikatan silaturrahim yang utuh di kalangan para peserta melalui semangat bekerjasama dan setiakawan.
KPI disertai oleh 74 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, dan Penolong Ketua Kelas dan dibimbing oleh 10 orang fasilitator yang terdiri daripada kepimpinan pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Pemilihan fasilitator daripada kalangan kepimpinan di sekolah menengah bagi memberi gambaran terdekat kepada keperibadian seorang pemimpin selepas mereka melangkah keluar dari sekolah menuju ke sekolah menengah.
LDK 1: Ta'aruf
Slot Santapan Rohani 1
LDK 1.5: Group Binding
Slot Speech Corner
Post Mortem 1 dan taklimat untuk hari kedua
Post Mortem 1 dan taklimat untuk hari kedua
Slot Pemimpin Cergas: Telefon Karat
Slot Pemimpin Cergas: Telefon Karat
Slot Pemimpin Cergas: Telefon Karat
Slot Pemimpin Cergas: Telefon Karat
Slot Pemimpin Cergas: Bola Bulat Buta
Slot Leadership Games
Kasut tersusun. Harap menjadi amalan.
Slot Leadership Games: Pembelot
Ketua Kelas 4 Ibnu Bathutah, Danish Haziq bersama Ketua Kelas 5 Ibnu Bathutah, Hadif Hidayat
Persiapan untuk Malam Kebudayaan
Fasilitator berkumpul sebelum makan malam
Ustaz Azhari Sulaiman, Penasihat KPI
Carta kedudukan markah kumpulan
Abang Asif selaku Ketua Fasilitator memasukkan markah
Slot Zikir Fikir 2.0
Sebelum Untaian Kenangan
Sebelum Untaian Kenangan
Amanat daripada Tuan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri bin Jamian
Kumpulan Sakinah sebagai Kumpulan Terbaik
Peserta Terbaik Perempuan, Nurul Izzah, Pengawas Tahun 6 Ibnu Sina
Peserta Lelaki Terbaik, Wafir Dzihni, Pengawas Tahun 4 Ibnu Sina
Tuan Guru Besar bersama Pengarah Program bergambar bersama fasilitator
Jawatankuasa Program
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang.


Semoga program seperti ini akan menjadi perintis kepada program-program yang bakal diadakan kelak dalam misi untuk melahirkan murid-murid yang bersahsiah tinggi serta mampu ke hadapan ketika berada di dalam masyarakat, Insya-Allah.

Lagi gambar di sini: