Kem Anak Soleh SRABSP 3.0 Siri 2

Alhamdulillah, Kem Anak Soleh 3.0 Siri 2 berjaya diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2012 (Jumaat dan Sabtu) yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama daripada Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Seramai lebih kurang 40 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa al-Quran dan as-Sunnah dan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang menguruskan para peserta, membimbing mereka dalam menyempurnakan ibadat Fardhu Ain, bermula daripada Taharah (bersuci) sehinggalah mendirikan solat

Semoga para peserta dapat mengamalkan setiap yang dipelajari sepanjang kem ini berlangsung.

Lagi gambar di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151145355693863.465021.17947352386