Petikan daripada blog ADUN Bangi menjelaskan kegagalan kehadiran untuk majlis sekolah adalah tidak dapat dielakkan.
Tahniah Dan Mohon Maaf
Impian Country Resort, Hulu Langat, 14 Safar = 30 Januari (Sabtu):
Hari ini ADUN Bangi mempunyai program yang ADUN berhasrat dan berjanji untuk menghadirinya, tetapi oleh kerana program berlanjutan menyebabkan ADUN membuat keputusan tidak menghadirinya dan memohon maaf.
Mulai jam 8.30 pagi ADUN berada di Impian Country Resort di atas bagi menyambut kehadiran YB Dato` Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam ke Program Retreat PAS Serdang. Inilah julung-julung kali Dato` Dr. Hassan menghadiri majlis rasmi selepas beliau diberi `Peringatan Amaran` oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat berhubung dengan kes yang dihadapinya. Dr. Hassan kelihatan bersemangat dan dalam Ucapan Perasmiannya beliau menggesa PAS Serdang secara khusus dan PAS Negeri Selangor yang disifatkannya `LEKA` agar bangkit menyusun strategi, mencergas dan memperkasakan PAS serta memperbaiki prestasi dalam pilihanraya akan datang. Majlis Perasmian yang nampaknya menarik minat YB Dato` Dr. Hassan ini berlanjutan sehingga jam 12.00 tengahari.
ADUN Bangi dihubungi oleh pihak Sekolah Agama Bandar Seri Putera bertanyakan program Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG Sekolah yang baru dibuka. ADUN memohon maaf, oleh kerana kelewatan masa dan jika berkejar ke Sekolah, tidak kesempatan. Walau bagaimana ADUN mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PIBG dan jawatankuasa yang baru dilantik. Diharap dengan lantikan ini dapat membantu pihak sekolah memajukan Sekolah Agama Bandar Seri Putera.
Bagi program-program yang lain ADUN telah memberitahu, kemungkinan hadir jika berkesempatan, tetapi jangan terlampau mengharapkan. Maaf kepada En. Azlan Ketua Kampung Kampung Bahagia, Pekan Bangi, kerana ADUN tidak dapat hadir ke upacara menyampaikan geran pemilikan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah, Pejabat Daerah Hulu Langat. Tahniah kepada Kelompok pemohon yang berjaya mendapat lot-lot tanah di Kampung Bahagia bagi mereka mendirikan rumah masing-masing. Peristiwa ini ADUN menganggap amat penting, kerana ini adalah julung kali pada masa ADUN menjadi Wakil Rakyat dan ADUN terlibat di dalam usaha menyokong permohonan kelompok penduduk di sini dan diluluskan permohonan oleh Karajaan Pakatan Rakyat bagi penduduk lot-lot tanah bagi kawasan rumah di Kampung Bahagia ini. Majlis ini ADUN difahamkan disempurnakan oleh Ketua Timbalan-Timbalan Pegawai Daerah, Hulu Langat Tahniah.
Program yang juga ADUN tak dapat menghadiri, tetapi penting, ialah tidak dapat menghadiri bagi menyambut kehadiran YB Dr. Halimah Binti Ali Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang juga ADUN Selat Kelang datang melawat ke Sekolah Agama Lepai, Bandar Baru Bangi. Pihak sekolah amat mengharap pertolongan dan bantuan bagi membina bangunan bertingkat sekolah tersebut bagi mengisi keperluan dan perkembangan sekolah. Kita berharap ada sesuatu tindakan yang diambil oleh YB Dr. Halimah dan pihak sekolah serta AJK pentadbirnya yang diketuai oleh Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi juga Ahli MPKj mendapat apa yang diharapkan. Insya Allah. Pada hari ini ADUN seharian berada di Impian Country Resort dari pagi ke malam kerana memenuhi agenda yang ADUN terlibat dan pulang jam 12.00 malam dan esok (hari ini) akan ke sana lagi selepas menghadiri program di Kajang Utama pagi ini.
Sekian.
0 comments :
Post a Comment