Assalammualaikum.
Berkaitan dengan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan malam ini, pihak PIBG telah diminta untuk menyediakan beberapa perkara oleh perawat (Darussyifa'). Berikut adalah perkara yang perlu disediakan:
- Air Mineral (20 karton)
- Garam (3 guni)
- Lada hitam (15kg)
- Badli dan gayung untuk agihkan barang di atas.
Manakala, bagi keperluan baldi dan gayung, diharap ibubapa atau penduduk setempat dapat membawa baldi dan gayung rumah masing-masing.
Sebaiknya badli dan gayung itu ditanda dan dapat diserahkan kepada PIBG sebelum 7.00 malam.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada YDP PIBG, Ustaz Rozi 019-3582173 atau Ketua PAKSI, En Arzok 012-2195909.
Manakala, mungkin ada yang tertanya-tanya persediaan individu yang hadir atau yang tidak dapat bersama. Saya sertakan beberapa perkara yang boleh di sediakan untuk makluman semua.
Untuk yang turut hadir:
- Diharap dapat hadir sebelum solat Maghrib
- Kenderaan hendaklah diletakkan di padang sekolah. Ini untuk mengelakkan kesesakan.
- Digalakkan memakai penutup kepada seperti songkok, kopiah dsb.
- Sila bawa sejadah dan surah yassin untuk kegunaan sendiri
- Digalakkan membawa payung. Ini sebagai persediaan jika hujan.
- Air mineral, garam kasar (bukan garam bukit), dan lada hitam. Ini untuk kegunaan sendiri di kemudian hari.
- Membantu PIBG dalam penyediaan barangan rawatan seperti menampung air dalam badli serta memenuhkan baldi dengan garam dan lada hitam yang disediakan PIBG
- Turut sama dalam proses rawatan
- Jika ada sebarang kemusykilan, jangan malu bertanya.
- Tawakal kepada Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung.
- Digalakkan membaca ayat Al-Quran atau sekurang-kurangnya amalkan ayat Kursi dan 4 Qul.
Ini hanya sedikit usaha kita dan kepada Nya kita berserah.
Sekian.
Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi Pihak PIBG SK-BSP