Salam Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah akan diadakan pada 21 Januari 2014 (Rabu).

Pertandingan membuat sepanduk

Murid-murid sedang leka menghasilkan sepanduk untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan.

11 Calon PSRA 2013 Mendapat Mumtaz

Tahniah diucapkan kepada 11 orang calon PSRA 2012 yang mendapat Mumtaz. Juga kepada semua calon yang berusaha meningkatkan peratusan PSRA pada tahun ini. Mabruk Alaykum.

Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor 2013

Tahniah buat peserta sekolah yang mewakili daerah Sepang. Tahniah juga buat pasukan Nasyid Perempuan yang mendapat Johan serta peserta Tilawah al-Quran Lelaki yang mendapat tempat ketiga. Tahniah buat semua.

Kem Pengawas 2013

15 dan 16 Februari 2013

Rombongan ke Melaka

Seramai 18 orang murid yang mendapat 85% ke atas dalam PSRA 2012 mengikuti rombongan yang ditaja pihak sekolah dan PIBG ke Melaka pada 4 Disember 2012.

Artikel: Murid-murid selamat ketika melintas jalan


Mahmud Shahruddin Mustaffa (tengah) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang warden trafik sekolah yang lengkap berpakaian keselamatan yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Perlis ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Bohor Mali, Simpang Empat Perlis, baru-baru ini.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm

KANGAR 16 Feb. - Khidmat warden trafik sekolah yang membantu murid-murid melintas jalan secara selamat dan terkawal ketika waktu puncak di hadapan sekolah, cukup disanjungi oleh ibu bapa sendiri.

Tiga waktu puncak lalu lintas sibuk bagi jalan-jalan utama yang dimaksudkan itu ialah sebelah pagi, tengah hari dan petang.

Rata-rata ibu bapa menganggap langkah pihak sekolah menyediakan khidmat warden trafik sebagai satu tindakan bijak bagi menjaga keselamatan murid-murid ketika melintas jalan.

Seorang waris pelajar, Asmawati Ramly, 36, berharap khidmat tersebut dapat diteruskan kerana ia lebih meyakinkan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak sewaktu melintas jalan di hadapan sekolah.

"Kita sedia maklum tidak semua pengguna jalan raya berdisiplin, terutama ketika memandu di hadapan sekolah kerana mereka mengejar waktu dan sesetengahnya lebih mengutamakan diri.

"Apabila ada khidmat warden trafik yang menolong murid-murid melintas, ibu bapa lebih yakin terhadap keselamatan anak-anak mereka ketika menyeberangi jalan," ujar ibu kepada dua anak itu.

Che Puan Ismail, 42, turut menghargai semua pihak yang menyediakan khidmat warden trafik sekolah di negeri ini sejak beberapa tahun lalu sambil berharap para pengguna jalan raya dapat mematuhi arahan warden terlibat.

"Semua pengguna perlu mematuhi pandu arah warden trafik itu. Ia bukannya lama dan susah untuk memberhentikan kenderaan bagi membolehkan murid-murid melintas di hadapan sekolah," ujarnya.

Ibu kepada dua anak itu juga bersetuju jika individu yang enggan memberhentikan kenderaan sehingga membahayakan murid ketika melintas dikenakan tindakan saman lalu lintas.

Zakaria Sudin, 62, turut menganggap khidmat warden trafik sesuai dengan tuntutan semasa, terutama bagi sekolah-sekolah yang terletak di tepi jalan-jalan utama.

"Warden trafik penting untuk keselamatan murid kerana kenderaan kian banyak. Berbeza dengan zaman saya ke sekolah dulu. Maklumlah ketika itu zaman berbasikal," ujarnya ketika ditemui sewaktu menunggu untuk mengambil cucunya pulang dari Sekolah Kebangsaan Behor Mali di sini.

Said Jusoh, 65, yang sependapat dengan Zakaria, mahu khidmat warden trafik diperluaskan ke setiap sekolah yang terletak di tepi jalan dari semasa ke semasa.

"Buat masa kini, warden trafik cuma ada di sekolah-sekolah yang terletak bersebelahan jalan-jalan utama. Kalau boleh, setiap sekolah mempunyai kemudahan tersebut.

"Warden trafik pula kenalah memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh JKJR agar mereka lebih dihormati oleh para pengguna jalan raya itu sendiri," ujarnya.

Segera: Jawatan Kosong di SRA-BSP

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs001.ash2/33426_405573953862_179473523862_4460231_29754_n.jpg

SRA- BSP memerlukan seorang pekerja yang boleh menjalankan tiga tugas dalam satu masa. Pekerja akan dibayar gaji bulanan berserta elaun tugas termasuk EPF dan SOCSO.

Pegawai yang terpilih akan menjalankan kerja sebagai pengawal keselamatan merangkap pengawal lalu lintas sewaktu waktu puncak dan tugas perkebunan.

Kekosongan ini perlu diisi dalam kadar SEGARA. Sila hubungi Pengerusi PIBG En. Loqman di talian 019-7027995 atau drlokman08@gmail.com.

Hari Ramah Mesra dan Kempen Pembayaran Yuran PIBG (7 Julai)

Kemaskini: Tarikh baru perjumpaan adalah 7 Julai dan bukannya 2 Julai.
Harap maklum.
=============
Sekolah akan mengadakan Hari Ramah Mesra pada 2 Julai 2010 7 Julai 2010. Ini antara lain untuk mendekatkan ibubapa dengan guru-guru. Disamping itu, keputusan pertengahan tahun juga diserahkan kepada ibubapa. Ibubapa boleh mengetahui perkembangan anak mereka daripada guru-guru yang mengajar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs066.ash2/36657_411717738116_795508116_4427480_8102994_n.jpg

Pada hari yang sama, PIBG akan membuka kaunter pembayaran yuran PIBG bagi ibubapa yang belum menjelaskannya lagi. Yuran ini sangat penting kerana pelbagai aktiviti dan projek menaikan taraf sekolah menggunakan sumber kewangan ini. Jumlah yuran PIBG setahun adalah RM50 seorang. Manakala, untuk ibubapa yang mempunya anak 2 orang atau lebih, yuran tahunannya adalah RM100 sekeluarga. Bagi pihak PIBG, saya merayu ibubapa yang hadir dapatlah membawa wang untuk pembayaran yuran PIBG tersebut. Pada yang telah menjelaskannya, PIBG mengucapkan ribuat terima kasih.

PIBG juga tidak keberatan menerima SUMBANGAN TAMBAHAN yang akan digunakan untuk membina tempat wuduk tambahan. Dianggarkan jumlah perbelanjaan untuk membina tempat wuduk tersebut adalah RM2 ribu. Sumbangan tambahan tuan-tuan amat di alu-alukan. Jika sumbangan yang diterima melebihi perbelanjaan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk projek seterusnya seperti pembinaan tangga di pos pengawal; pembinaan bonggol dan petak kuning dihadapan pintu masuk sekolah; pembayaran gaji pengawal keselamatan merangkap tukang kebun, dan pengawal lalulintas; dan pelbagai lagi wang pengurusan sekolah. 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs018.ash2/34244_405556628862_179473523862_4459622_1464158_n.jpg

Terima Kasih - Gotong-royong dan Forum Perdana

Alhamdulillah, syukur ke hadhirat ilahi atas kelancaran Program Gotong-royong dan majlis Forum Perdana tempohari.

Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih dan mengucapkan "JazakAllahu Khairan Kathiiran" kepada Ustaz Khairul Amri Jamian, Guru Besar dan En. Lokman bin Md. Sarip, Pengerusi PIBG SRA Bandar Seri Putr...a di atas penglibatan bersama bagi menjayakan program tersebut.

Buat pengetahuan, kutipan derma pada malam program itu sahaja mencecah lebih RM4,000. Diharapkan warga Bandar Seri Putra semua dapat terus memberikan sokongan kepada program-program seumpama ini di masa yang akan datang.

Wassalam.
(b/p JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim dan JK Penaja BSP Induk)
Sebulan RM50.00 sebanyak 20 kali, insyaAllah
azizuljabbar@gmail.com

Forum Perdana: Orang Muda Pemangkin Masjid.

Dipetik dari: http://khaiatbsp.blogspot.com/2010/06/forum-perdana-orang-muda-pemangkin.html

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs160.snc4/37357_436534548707_245996843707_5879630_3244427_n.jpg

Bandar Seri Putra, 26 Jun.

Kutipan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra telah di rasmikan oleh ADUN Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar semasa berlangsungnya Forum Perdana Ehwal Islam semalam. Majlis yang bermula 9.30 malam tersebut sepatutnya turut dihadiri oleh Dato' Dr. Hassan Mohamed Ali sebagai pengerusi forum bagaimanapun masih lancar dengan kupasan menarik dari dua ahli panel Ustaz Farid Razi dan Dr. Asiah Ali. Dato' Hassan tidak dapat hadir atas urusan kerja rasmi yang mengejut. Oleh itu, Dr. Shafie telah mewakili Dato' Hassan sebagai perasmi majlis.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs048.ash2/35755_436438583707_245996843707_5876898_7788873_n.jpg

Masjid Mustaqim yang akan menjadi One-Stop-Center di Bandar Seri Putra (BSP) masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk didirikan. Masjid yang dijangka bernilai RM6 Juta tersebut masih banyak baki yang perlu dipenuhkan. Menurut ahli panel, UStaz Farid Ravi,  masjid masih perlu diwujudkan kerana ianya akan menjadi mercu tanda dan sumber keberkatan sesuatu kawasan. Contohnya di Andalusia, masjid dan surau didirikan berdekatan dan terdapat hampir 300 buat masjid di Andalusia sahaja. Ukuran masjid yang didirikan adalah mengikut kekuatan suara muazzin (orang yang melangkan azan) dari masjid yang pertama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs033.snc4/34034_436437978707_245996843707_5876858_4804770_n.jpg

Dr. Asiah pula sangat berbangga dengan keadaan di Selangor terutama kawasan Shah Alam dimana masjid menjadi tempat menuntut ilmu tanpa sebarang sekatan. Beliau juga berpendapat, masjid tidak patut hanya dikongkong dengan aktiviti agama yang terhad seperti sembahyang sahaja. Tetapi ianya perlu juga disulami dengan pelbagai aktiviti ilmu dan perlu mencakupi kehendak pelbagai peringkat umur terutamanya remaja.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34131_436438778707_245996843707_5876905_4119728_n.jpg

Ustaz Farid pula menambah seharusnya masjid didirikan semudah mungkin tanpa perlu peruntukan yang terlalu tinggi. Beliau menegaskan masjid di zaman Nabi didirikan dengan pokok tamar dan digunakan untuk pelbagai aktiviti. Beliau menegaskan masyarakat perlu kenal pokok tamar dan menyarankan masjid menanam pokok tamar di kawasan lamannya nanti. Beliaun sanggup menyumbang 2 batang pokok sebagai permulaan. Tambahnya lagi, kaedah RM50 sebulan sebuah keluarga hanya mekanisma. Tetapi bagi yang mampu, sumbangan sekali gus perlu dilakukan agar masjid yang di idamkan dapat didirikan dalam masa yang singkat. Mereka yang mampu boleh menderma lebi daripada yang disasarkan. Ustaz juga menemplak orang kita yang tidak lari daripada 'Mazhab Seringgit' apabila menderma setiap Jumaat. Dengan taraf hidup yang telah meningkat, sumbangan lebih daripada itu adalah ditagih agar masjid mempunyai dana yang sentiasa cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs035.snc4/34131_436438823707_245996843707_5876914_139294_n.jpg

Dr. Asiah juga bersetuju dengan Ustaz Farid dengan mengatakan ahli jawatankuasa pembinaan perlu lebih agresif dan perlu memikirkan kaedah kutipan yang lebih efektif. Ini kerana beliau berpandangan penderma hanya akan menderma apabila nampak kesungguhan daripada ahli jawatankuasa. Initiatif individu juga ditagih untuk membantu jawatankuasa sebagai contoh dengan membawa tabung sumbangan ke tempat kerja masing-masing dan mengutip sumbagan dari rakan sekerja.

Dalam mengimarahkan masjid, Ustaz Farid menegaskan bahawa ada dua cara. Pertama diimarahkan dengan masjid dari bentuk fizikal. Dan keduanya dengan mempelbagaikan aktiviti. Beliau bervisi yang masjid di BSP dapat dipelopori oleh orang muda. Dan aktiviti berkaitan orang muda perlu diperkemaskan dan dipertambah.

Di akhir forum, pengerusi forum telah membaca cerita sorang hamba Allah yang hanya mendermakan RM1 daripada jumlah duit yang yang dikeluarkan RM100 ribu. Bagaimanapun setelah keluar dari bank, beliau telah dilanggar kenderaan dan meninggal dengan duit bertaburan di 'angkasa'. Ustaz Farid secara bergurau sangat tertarik dengan bahasa pengerusi forum "Duit bertaburan di ANGKASA" dan bukannya di jalan raya. Kemudian beliau menambah dengan menyatakan derma adalah perkara terkahir yang boleh dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia. Serta jangan bertangguh untuk menderma, kerana hanya derma yang akan kita bawa ke akhirat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34131_436438818707_245996843707_5876913_8149283_n.jpg

Majlis telah berakhir sekitar pukul 11.20 malam.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, ianya boleh disalurkan di akaun-akaun berikut:
Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85

Manakala gambar dan video boleh diperolehi dipautan ini:

Oleh Khai@BSP
http://khaiatbsp.blogspot.com

Gotong-Royong SRA-BSP, 27 Jun, 7.30 pagi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs292.snc3/28246_404148858862_179473523862_4421377_4612163_n.jpg

Assalammualaikum,

Saya telah dimaklumkan oleh YDP PIBG SRA-BSP berkenaan perkara berikut:

Perkara: Majlis Gotong-Royong di SRA Bandar Seri Putra
Tarikh: 27 Jun (Sehari selepas Forum Perdana di sekolah)
Masa: 7.30 pagi

Oleh itu diharap ibubapa anak-anak bersekolah di sini, khususnya, dan warga Putra Mahkota, amnya, dapat turut meringankan tangan untuk menjayakan aktiviti ini.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk terus kepada pihak sekolah (019-******* / 016-*******) ataupun kepada YDP PIBG sendiri En Lokman (019-7027995)

-Khai@BSP

Program Gotong-royong & Forum Perdana pada 26 Jun 2010


Selamat Bercuti

Assalammualaikum.

Bagi pihak PIBG, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepda semua anak-anak. Sila manfaatkan masa yang ada dengan mendalami ilmu-ilmu lain dengan mengikuti sebarang kem, kursus atau sebagainya.

Selamat bercuti.

Event: Read Malaysia'10

http://www.readmalaysia.my/images/top_a.jpg

Name : Read Malaysia 2010
       
  Date : 4 - 13 June 2010
       
  Time : 11am - 10pm
       
  Venue : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC),
Mines Resort City
       
  Organized by : MINES Event Management Sdn Bhd
       
  Endorsed by : Ministry of Education
       
  Official Media Partners : The Star
Kosmo @ Harian Metro @ Sinar Harian
Nanyang Siang Pau
The China Press
Tamil Nesan
       
  Official Radio Station : MY FM
Mix FM
Era FM @ Sinar FM
       
  Supporting Radio Station : Lite FM
       
  Official Public Transportation : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)
       
  Official Hotels : Palace of Golden Horses
Wellness Hotel
       
  Official Website : www.readmalaysia.my
       
  Total Area of Exhibition Hall : 12,500sqm (135000 sqf)
       
  Estimated No. of Booths : 500 booths
       
  Estimated No. of Exhibitors
: 200 exhibitors
       
  Estimated No. of Visitors : 400,000 visitors
       
  Exhibition Categories : Publishing houses
Booksellers
Educational institutions
Overseas educational centers
Academic schools
Colleges and universities
Professionals
Preschooler Education
       
  Who Should Attend : Students
Parents
University Students
Academic staffs
Educationalist
School leavers
Working Adults
       
  Activities during Exhibition : Launching of new books
Education Seminars
Guest appearances by famous authors
Students' activities
Students' competition
       
  Contact Person : Ms Ong Li Yan / Ms Chang Pui Ei / Mr Tham Chi Shan
MINES Events Management Sdn Bhd
Level 2, MIECC, Jalan Dulang,
MINES Resort City, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel :   +603 - 8949 5577
Fax :   +603 - 8945 2155

Tawaran Menyertai Biro-Biro PIBG SRA-BSP

Salam,

Bagi ibubapa yang berminat untuk menyumbang tenaga, bolehlah mengisi borang ini dan serahkan kepada sekolah dalam masa terdekat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs514.ash1/30299_397853588862_179473523862_4248342_5575467_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs554.snc3/30299_397853608862_179473523862_4248343_2048137_n.jpg