Pengawal Keselamatan di SRA-BSP Telah Diisi

Alhamdullilah, setelah menanti sekian lamanya, akhirnya jawatan pengawal di SRA Bdr seri putra telah diisi oleh Encik Zainal.Calon ini merupakan calon ke -11 yang telah memohon sejak jawatan pengawal di SRA Bdr Seri Putra dibuka sepanjang sesi 2010/2011. Namun, semua calon telah menarik diri awal-awal lagi. Cumanya En Zainal yang berminat untuk jawatan tersebut. Umur beliau mencecah 60 tahun. Beliau akan memulakan tugasnya mulai hari ini (2 Mac 2011). Untuk makluman, PIBG SRA BSP telah bersetuju sebulat suara untuk mengeluarkan peruntukan bagi jawatan pengawal SRA Bdr Seri Putra hanya untuk di sebelah siang sahaja bermula jam 7pagi ~7 petang.
Manakala pengawal disebelah malam dibayar oleh peruntukan JAIS.

Sama-sama kita berikan kerjasama sebaik mungkin kepada pengawal ini. Insya-Allah.
Sekiranya ada sebarang cadangan dan komen, silalah berhubung dengan pihak sekolah & PIBG.

Saya dimaklumkan, insya-allah AGM PIBG SRA-BSP akan diadakan pada 26/March/2011.(tertakluk kepada perubahan).

Sekian. Wassalam.

Zulkifli Ambak

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3643.msg67099#msg67099