Kemaskini: 11Mac2011
Assalamualaikum,
Prosedur baru perdaftaran murid baru di SRA BSP 2012/2013.
1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat.
2. Photostat menjadi 3 salinan. Isi ketiga-tiga borang.
3. Hantar borang bersama salinan surat beranak murid, salinan IC Ibu dan Bapa ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang/Bahagian Pendidikan Islam.
4. Borang-borang tersebut akan dicop oleh Pej. Agama menandakan penempatan diluluskan pengesahan telah diterima.
5. Satu (1) borang akan diambil oleh Pej. Agama, satu (1) borang perlu dihantar ke sekolah yang dipohon, satu (1) borang lagi untuk simpanan sendiri. Borang yang dihantar ke Sekolah perlu disertakan 2 keping gambar murid.
6. Sertakan sampul surat berstem dan beralamat sendiri.
7. Selesai.
Alhamdulillah.. saya dah selesai sehingga item 4. Esok baru nak hantar borang ke sekolah.
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6752.msg67684#msg67684
Nota:
- Tulisan merah adalah pembetulan yang dimaklumkan oleh Guru Besar.
- Bagi pelajar yang telah mendaftar tahun lepas bagi sesi 2012, pendaftaran masih sah. Prosidur baru ini adalah bagi permohonan baru sahaja.