ADUN Bangi: YAB Menteri Besar Selangor Sampaikan Peruntukan Kepada Sekolah Rakyat

Friday, June 10, 2011

YAB Menteri Besar Selangor Sampaikan Peruntukan Kepada Sekolah Rakyat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/06/yab-menteri-besar-selangor-sampaikan.html

Shah Alam, 07 Rajab = 09 Jun (Khamis):

Bertempat di ruang legar bangunan SSAAS petang ini Y.A.B. Tan Sri Dato` Ser Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan kepada Sekolah-sekolah rakyat Negeri Selangor berjumlah RM6,692,786 bagi separuh pertama dari RM16 juta tahun ini. Bagi yang belum membuat permohonan, permohonan terlewat atau baru mendapat maklumat, bahawa permohonan bagi separuh kedua bagi tahun 2011 akan mula dibuka esok (10 Jun 2011).
Daripada jumlah RM6,692,786, pecahan kepada:

Bil. Jenis Jumlah Penerima

1. Sekolah Agama RM2,765,000 YB Dato` Dr. Hasan Ali


2. Sekolah Cina RM2,335,000 YB Ean Yong Hian


3, Sekolah Tamil RM1,592,786 YB Manoharan



Jumlah RM6,692,786

Hadir pada petang hari ini Dr. Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pebangunan Modal Insan, YB Ronnie Liew Exco Kerajaan Tempatan. YB Pn. Rodziah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi. Turut sama hadir beberapa Adun seperti YB. Haniza Timbalan Speaker, YB.Lee Kim Sin Adun Kajang, YB Ng Sekinchan dan YB Bangi – Dr. Shafie Abu Bakar. Antara mereka menerima cek bagi Sekolah-sekolah di kawasan Dun masing-masing. Bagi Ahli Dewan Negeri yang tidak hadir, maka bantuan persekolahan diterima oleh wakil-wakil yang turut hadir. Cek-cek yang diterima akan diagihkan ke sekolah-sekolah berkenaan di kawasan masing-masing.


Sebelum daripada YAB menyampaikan Cek, YB Dr. Halimah Mohd Ali menyampaikan ucapan, bahawa pada zaman pemerintahan Kerajaan BN tidak memberi perhatian kepada Sekolah-sekolah rakyat, tetapi Kerajaan Pakatan memberi bantuan sejak 2009. Beliau memberi statistic sebagaimana berikut:

Tahun Sekolah Permohonan Lulus

2009 Agama 169 146
2009 Cina 77 77
2009 Tamil 97 97
2010 Agama 280 252
2010 Cina 100 100
2010 Tamil 97 97

Beliau memaklumkan yang Kerajaan PR di Selangor amat menekankan keilmuan dan kerajaan berusaha menjadikan Selangor Hub-Ilmu. Beliau menyebut aktiviti yang dilangsungkan di Selangor berhubung dengan ilmu, iaitu:

1) Hari Ilmu yang akan berlangsung di Shah Alam dan di seluruh daerah di Selangor
Pada 26 Jun 2011.

2) Gerakan Membaca & Menulis
3) Pesta Buku Selangor 2010
4) Kempen mewujudkan Mini Perpustakaan di rumah
5) Jejak Ilmuan
6) Tuisyen Rakyat setiap kawasan Dewan Negeri
7) Menubuhkan Majlis Permuafakatan PIBG
8) Menubuhkan Yayasan Pendidikan Selangor.

Sekian.