SRABSP: Mesyuarat Agung Esok, Sumbangan Pusat Sumber dan Al-Quran.

Inline images 1

Insya-Allah Mesyuarat Agung PIBG SRABSP akan diadakan pagi esok mulai jam 8 pagi. Insya-Allah sarapan pagi akan disediakan.

Antara yang menarik esok adalah pemilihan barisan kepimpinan yang baru PIBG yang akan memacu sekolah ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Marilah sama-sama kita menyumbang tenaga dan kewangan untuk melihat anak-anak kita mendapat pendidikan agama yang sebaiknya.

Tema mesyuarat tahun ini adalah "Memperkasakan Pendidikan Melalui PIBG".

Inline images 2

Disamping itu dalam memenuhi hasrat sekolah untuk mewujudkan pusat sumber yang kaya dengan kepelbagaian buku, maka semua individu atau syarikat korporat disaran menyumbang bagi melengkapkan pusat sumber sekolah. Salah satunya dengan "MEMBELI dan MEWAKAFKAN BUKU"  sepanjang pameran buku PTS semalam, hari ini dan esok. Tuan/puan atau wakil syarikat boleh membeli untuk kegunaan sendiri dan juga untuk sumbangan terus kepada pusat sumber sekolah. Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat melalui sumbangan tuan/puan akan mendapat pulangan yang setimpal di hari kemudian kelak.

PIBG menyarankan semua pihak menderma sekurang-kurangnya satu buku satu keluarga.

Inline images 3

Tambahan kepada maklumat di atas, semasa mesyuarat PIBG nanti juga, satu TABUNG BERGERAK akan dilancarkan untuk SUMBANGAN WAKAF AL-QURAN. PIBG dan sekolah berharap dapat mengutip wang secukupnya untuk membeli 1,200 naskah Al-Quran (RM50,400 diperlukan) yang telah dikenalpasti dapat membantu dalam pengajaran disekolah. Oleh itu sumbangan kewangan amat dialu-alukan agar naskah tersebut dapat dibeli dari jenis yang sama. Semua ibubapa, orang perseorangan atau badan-badan korporat dialu-alukan untuk memberi sumbangan kewangan. Dikepilkan quotation yang diterima untuk naskah Al-Quran bersama terjemahan tersebut.

Inline images 1

Sumbangan wakaf Al-Quran ini tidak hanya ditutup selepas mesyuarat sahja, bahkan akan diteruskan sehingga jumlah yang dicadangkan dapat diperolehi.

Diharap ibubapa, individu atau syarikat dapat membantu PIBG dalam melaksanakan semua hajat di atas.

Sumbangan tuan/puan, PIBG ucapkan ribuan terima kasih.

-PIBG SRABSP-
http://srabandarseriputra.blogspot.com