16/17 MAC: Hari Keluarga/Gotong-Royong/Mesyuarat Surau Al-Hijrah

Aktiviti sekitar BSP minggu ini:
  1. Hari Keluarga BSP 2013: Kayuhan Amal, Sukaneka, Mewarna & Gerai promosi (SABTU 16 MAC / 7.00 pagi / SRABSP)
  2. Gotong-Royong Perdana BSP 2013 (Sempena 10 Tahun BSP) (AHAD17 MAC / 7.30 pagi / Kedai Setingkat)
  3. Mesyaurat Agung SuraU Al-Hijrah 17 Mac 9 pagi (AHAD 17 MAC / 9.00 pagi / Surau Al-Hijrah)
====================================================

Hari Keluarga BSP 2013: Kayuhan Amal, Sukaneka, Mewarna & Gerai promosi (SABTU 16 MAC / 7.00 pagi / SRABSP)



Sempena Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 yang akan berlangsung SABTU INI, 16 Mac 2013, pihak penganjur menjemput semua untuk hadir memeriahkan majlis.

KAYUHAN AMAL
Bagi peminat BASIKAL, kami menjemput untuk sama dalam acara Kayuhan Amal. 100 peserta pertama mendaftar akan diberikan t-shirt percuma. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada peserta 12 tahun ke atas sahaja. Anak-anak dibawah 12 tahun boleh turut serta tetapi tidak disediakan t-shirt percuma. Sumbangan akan disampai kepada semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Tabung pembinaan masjid akan juga dibawa untuk sumbangan orang ramai.





Maklumat lanjut dan borang boleh diperolehi di sini: https://docs.google.com/folder/d/0B6bFqkxsXtWnSGhVUmJFMGh1QTQ/edit?usp=sharing&pli=1

MEWARNA
Terhad kepada kanak-kanak berumur kurang 7 tahun (kanak-kanak tadika). Acara ini juga terhad kepada 100 peserta pertama yang akan diberi cenderahati. Hadiah utama akan diberikan kepada 20 peserta yang dipilih oleh juri yang terdiri daripada guru-guru SRABSP. Pendaftaran adalah pada hari acara. Sila ke kaunter pendaftaran pertandingan mewarna untuk mendaftar.

SUKANEKA
Dengan tema "Kembali ke sekolah", acara ini menawarkan 21 jenis sukaneka yang dibuka untuk semua peringkat umur. Ini mungkin mengembalikan ingatan kita suasana kita semasa bersekolah dahulu. Marilah semua turut serta. Semua peserta akan juga dikumpulkan dalam kumpulan rumah (mengikut warna) dan kemenangan rumah berdasarkan mata yang dikutip dalam setiap acara yang dipertandingkan. Jom "Kembali ke sekolah".

Senarai acara yang dipertandingkan:


GERAI PROMOSI
Bagi mana-mana individu, agensi korporat atau agensi kerajaan yang ingin membuat sebarang promosi (contoh: takaful, ASB, Nestle, bank, persatuan db), kami sangat alu-alukan. Jika berminat bolehlah menghubungi 012-2655203. Maaf, jualan runcit tidak digalakkan.

Moga dengan acara ini akan menambah ikatan kekeluargaan antara kita.

"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"


===================================================

Gotong-Royong Perdana BSP 2013 (Sempena 10 Tahun BSP) (AHAD17 MAC / 7.30 pagi / Kedai Setingkat)




PER: GOTONG-ROYONG PERDANA BSP 2013

Sukacita dimaklumkan pihak PPBSP akan mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Gotong-Royong Perdana BSP 2013 pada 9, 17 dan 23 Mac 2013.

2.      Butiran program ini adalah seperti berikut:

a.       9 Mac 2013 Sabtu – kawasan bangunan kedai 3 tingkat dan jalan sekitarnya

b.      17 Mac 2013 Ahad – kawasan bangunan kedai 1 tingkat dan jalan sekitarnya

c.       23 Mac 2013 Sabtu – sepanjang jalan Persiaran Putra 1 dan 2.

3.      Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput bersama menjayakan program ini dan juga kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sumbangan bagi membiayai sebahagian kos program.

4.      InsyaAllah YB Dr Shafie Abu Bakar akan meramsikan majlis pelancaran Gotong-Royong Perdana pada 9 Mac 2013.

==============================================================

Mesyaurat Agung SuraU Al-Hijrah 17 Mac 9 pagi (AHAD 17 MAC / 9.00 pagi / Surau Al-Hijrah)




Mesyuarat Agung
Surau Al-Hijrah 2013
"Mengimarahkan Rumah Allah"

17 Mac 2013, Ahad
9.00 pagi
Dewan Solat Surau Al-Hijrah

Muslimin Muslimat di Jemput Hadir