Jom pi pasar pagi Ahad @ Dataran At-taqwa (tapak masjid at-taqwa)

Assalamualaikum,
Pasar Pagi telah bermula di tapak masjid at-taqwa bdr bukit mahkota pada 17 Mac 2013, jam 7-11 pagi. Ini sebagai merealisasikan aktiviti sementara di tapak tersebut sebelum pembinaan masjid dimulakan. Pada masa yang sama, kutipan derma juga telah dilakukan. Kutipan derma masjid pada pasar pagi 17 Mac 2013 berjumlah RM 1003.00.

Jumpa lagi pada 24 Mac 2013 (12 Jamadil Awal 1434).

Aktiviti pasar pagi ini adalah sebahagian usaha untuk mengumpul dana masjid disamping mengimarahkan tapak masjid dengan adanya pasar pagi (setiap ahad) & car boot sales (minggu 1 & 3 setiap Ahad).Semoga usaha2 yang baik ini diterima sebagai amal oleh Allah, in shaa Allah.  :) :) :)