Salam Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah akan diadakan pada 21 Januari 2014 (Rabu).

Pertandingan membuat sepanduk

Murid-murid sedang leka menghasilkan sepanduk untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan.

11 Calon PSRA 2013 Mendapat Mumtaz

Tahniah diucapkan kepada 11 orang calon PSRA 2012 yang mendapat Mumtaz. Juga kepada semua calon yang berusaha meningkatkan peratusan PSRA pada tahun ini. Mabruk Alaykum.

Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor 2013

Tahniah buat peserta sekolah yang mewakili daerah Sepang. Tahniah juga buat pasukan Nasyid Perempuan yang mendapat Johan serta peserta Tilawah al-Quran Lelaki yang mendapat tempat ketiga. Tahniah buat semua.

Kem Pengawas 2013

15 dan 16 Februari 2013

Rombongan ke Melaka

Seramai 18 orang murid yang mendapat 85% ke atas dalam PSRA 2012 mengikuti rombongan yang ditaja pihak sekolah dan PIBG ke Melaka pada 4 Disember 2012.

Showing posts with label PSRA. Show all posts
Showing posts with label PSRA. Show all posts

Senarai Yuran Persekolahan Sesi 2014


PSRA 2012: Banyak Matapelajaran Menurun


YB Dr Halimah Ali mengumumkan keputusan PSRA 2012
di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun 2012 memperlihatkan sedikit penurunan di kebanyakan mata pelajaran yang diambil oleh pelajar berbanding tahun 2011.

Paling ketara adalah mata pelajaran Bahasa Arab, apabila menurun sebanyak 11.4 peratus, di mana pada tahun ini hanya 71.2 peratus calon lulus berbanding tahun 2011 iaitu seramai 82.6 peratus lulus.

Begitu juga dengan mata pelajaran Tauhid/Feqah, di mana hanya seramai 70.9 peratus lulus berbanding 78.9 peratus lulus pada tahun 2011.

Akhlak Sirah juga mengalami penurunan apabila tahun 2012 hanya 79.6 peratus lulus berbanding 84.2 peratus pada tahun 2011, Mata pelajaran lain termasuklah Tajwid, 2012 (70.3 peratus) berbanding (84.2 peratus) tahun 2011. Tilawah/hafazan juga menurun sebanyak 0.2 peratus daripada 99.6% (2011) berbanding 99.5% (2012).

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pelajar tahun enam Sekolah Rendah Agama dan KAFA dan KAFAI Negeri Selangor bagi menilai tahap penerimaan pembelajaran sukatan mata pelajaran yang diajar di samping membolehkan pelajar yang lulus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor serta Maahad Integrasi Tahfiz Istana Banda (MITIB) dan Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MISTEK) Negeri Selangor.

Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) telah diadakan pada 6 November, 2012 di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor) di Shah Alam yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Halimah binti Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang turut dihadiri oleh Ustaz Ahmad Bustamam bin Abduil Latif, Ketua Sektor Akademik, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.

Sumber:
Unit Perhubungan Awam, © mbs
Jabatan Agama Islam Selangor

Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama 2012

Terlebih dahulu, pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada calon-calon Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang berjaya mendapat keputusan Mumtaz (90% dan ke atas). Ucapan tahniah juga buat guru-guru SRA Bandar Seri Putra yang sama-sama berusaha mencurahkan ilmu tanpa penat jemu sehingga berjaya meningkatkan keputusan ini.

Seramai 12 orang daripada 164 orang calon PSRA berjaya mendapat Mumtaz. Mereka adalah:
  1. Nurrin Nabilla binti Md Rashidi (97.0%)
  2. Muhammad Salman bin Abd Halim (95.2%)
  3. Anis Qistina binti Abd Malek (92.0%)
  4. Nur Amanina binti Mohd Noor (91.8%)
  5. Nur Hanis binti Idris (91.6%) 
  6. Nurul Izzah binti Jamaludin (91.6)
  7. Sofia Puteri binti Nizarulikram (91.0%)
  8. Nur 'Alyaa Izzati binti Mohd Khairullutf (91.0%)
  9. Nurul Husna binti Zawawi (90.8%)
  10. Noor Afiqah binti Yahaya (90.4%)
  11. Nur Syahidah binti Mohd Noor (90.2%)
  12. Nurul Atirah Intan Seri binti Rosli (90.0%)


Salam. PSRA Results out tis evening (yesterday). 12 students got Mumtaz. We targeted 10. Overall results increased by 10%. Efforts we all put in showed results. Congrats to d teachers. 
En Iqbal
YDP PIBG SRABSP
Analisis PSRA 2012

Daripada 139 calon PSRA sekolah ini, 12 orang calon berjaya mendapatkan pangkat Mumtaz (cemerlang), 34 orang mendapat Jayyid Jiddan, 35 orang mendapat Jayyid, 54 orang mendapat Maqbul. Bakinya, 29 orang calon mendapat Rasib.

Secara keseluruhannya, 82.3% daripada 139 orang calon PSRA SRA Bandar Seri Putra lulus PSRA, meningkat berbanding hanya 77.6% pada tahun 2011 dan 73.4% pada tahun 2010.

Berikut adalah keputusan PSRA bagi calon-calon dari SRA Bandar Seri Putra:

Mumtaz: 12 orang
Jayyid Jiddan: 34 orang
Jayyid: 35 orang
Maqbul: 54 orang
Rasib: 29 orang
Jumlah lulus: 135 daripada 164 orang calon.

Gred Purata Sekolah (GPS): 3.42 = Skor 2

Peratus keseluruhan:
2012: 82.3 %
2011: 77.6%
2010: 73.4 %

Tahniah sekali lagi kepada semua yang berusaha meningkatkan prestasi dan keputusan PSRA.

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2012

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) telah dijalankan selama 4 hari bermula Isnin, 24 September 2011 sehingga Khamis, 27 September 2012 yang lalu. Didoakan semoga semua calon SRA Bandar Seri Putra mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Klik di sini untuk keputusan PSRA 2012.
Keadaan dewan peperiksaan.
Izwan Syafiq (kiri) dan Nur Syahmi sedang mengulangkaji bersama-sama.
Menyalin semula ilmu yang difahami.
Iman menjawab soalan.
Murid-murid mendengar sentuhan terakhir daripada Ustaz Rijal.
Ustaz Azhari Sulaiman memberikan tips yang terakhir.
Taklimat daripada Ustaz Hanif.
Sebelum peperiksaan bermula.
*  *  *  *  *

Semoga semua calon mendapat keputusan yang cemerlang dalam PSRA pada tahun ini, Insya-Allah.

Lagi gambar di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151104980888863.458415.179473523862

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) telah dijalankan selama 4 hari bermula Isnin, 26 September 2011 sehingga Khamis, 29 September 2011 yang lalu. Didoakan semoga semua calon SRA Bandar Seri Putra mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Lagi gambar di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150317358263863.357113.179473523862