Demi keselesaan pelajar SRA Bandar Seri Putra...

Assalamualaikum,

Sepertimana yang diputuskan didalam mesyuarat jawatankuasa PIBG SRA Bdr Seri Putra pada 9 Julai 2010, Biro Pembangunan & Kewangan telah diamanahkan melaksanakan pembinaan tangga di pondok kawalan bagi menjamin keselamatan pelajar & juga penambahan tempat wuduk dengan kadar segera.
Alhamdullillah,pihak jawatankuasa PIBG SRA Bdr seri Putra telah pun sebulat suara bersetuju memilih kontraktor yang menawarkan harga terendah bagi tugasan tersebut.
Kerja-kerja tersebut sedang dibuat. Maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul sekiranya ada.

Untuk makluman, pihak Biro Pembangunan & kewangan PIBG SRA Bdr Seri Putra amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa pelajar demi keselesaan & keselamatan pelajar.Baru-baru ini telah dilancarkan sumbangan bagi mengisi tabung penambahan tempat wuduk semasa hari menandatangi Buku Rekod Pelajar. Sejumlah Rm750 telah berjaya dikumpul. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang budiman.
Pihak kami juga sedang merancang untuk membeli dan memasang tile selepas pembinaan tangga di hadapan pondok kawalan.Dianggarkan sebanyak RM1000 diperlukan bagi tujuan tersebut.Sekiranya ada sesiapa yang sudi menyumbang, bolehlah disalurkan kepada akaun bank Muamalat .

Akaun PIBG untuk sebarang sumbangan di Bank Muamalat - 140800000626717.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi YDP PIBG,Sdr Lokman :019-7027995
& Zulkifli (AJK BPK):017-3761584




Keadaan semasa tempat wuduk di SRA Bdr Seri Putra.



Sebelum kerja-kerja pembinaan tangga di pondok kawalan SRA Bdr Seri Putra.


Sekian.