Maklumat selepas mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA-BSP

Asslammualaikum.

Berikut beberapa perkara yang boleh dikongsi selepas mesyauarat jawatankuasa PIBG SRA-BSP pada 9 Julai lepas.

Akademik

  • Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) akan diadakan pada 30/8-3/9/2010 (merujuk kepada lawan web sekolah di negeri Selangor)
Sekolah
  • Sumbangan buku dan rak kasut untuk pusat sumber masih diperlukan.
  • Kelas Tambahan Tahun 6 setiap Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat, 5.45 -6.30 petang. Bayaran RM100 setahun.
  • Kelas Iqra' dan Al-Quran setiap Isnin - Jumaat, sebelum/selepas waktu kelas. Yuran RM25 sebulan.
  • Kelas Tahfiz Al-Quran setiap Isnin, Rabu dan Khamis, 8.15 - 9.45 malam.
PIBG
  • Akaun PIBG untuk sebarang sumbangan di Bank Muamalat - 140800000626717.
  • Gotong-royong pada 27 Jun lepas kurang sambutan tetapi berjaya dilaksanakan.
  • Jumble sale tarikh baru dicadangkan selepas hari raya. 10 gerai dibuka untuk sewaan (RM50 deposit dan RM50 sewaan sehari).
  • Buletin PIBG akan diterbitkan untuk merapatkan hubungan ibubapa dengan sekolah serta memperkenalkan sekolah kepada masyarakat.
  • Beberapa perkara kebajikan guru juga disentuh seperti menyediakan microwave, cerek dsb.
  • Biro-biro yang telah ditubuhkan dibawah PIBG adalah seperti berikut. PIBG menggalakkan lebih ramai ibubapa menyumbang tenaga dalam biro-biro PIBG.
1- Biro Pembangunan dan Kewangan (BAWA - singkatan sekadar cadangan dan belum diputuskan)
2- Biro Keselamatan dan Kebajikan (SEBAK - singkatan sekadar cadangan dan belum diputuskan)
3- Biro Pendidikan dan Dakwah (DIKWAH - singkatan sekadar cadangan dan belum diputuskan)
  • Kempen Bayar Yuran pada Hari Ramah Mesra berjaya mengutip yuran PIBG daripada 41 ibubapa. Sebagai makluman, PIBG tidak pernah mengutip yuran PIBG diawal sesi pembelajaran kerana belum ditubuhkan.Kempen ini akan dibuat berterusan kerana masih ramai ibubapa yang tidak membayarnya.
  • Kelas tambahan difikirkan perlu untuk murid-murid yang tidak boleh membaca jawi.
  • Bagitu juga kelas tambahan Tahun 6 untuk murid-murid yang akan menduduki PSRA.
  • Kekosongan jawatan Pengawal Keslamatan (merangkap Pengawal Lalu Lintas dan Tukang Kebun) masih lagi kosong.
  • Pembinaan tangga di pos pengawal dan pili wuduk tambahan akan mula dibina dalam masa terdekat.
  • PIBG ingin mengenalpasti murid dari golongan susah untuk atau yatim/piatu. Mereka akan menerima pengecualian yuran, kupon makanan dan sumbangan buku teks (untuk tahun 2011)
  • Kumpulan Nasyid sekolah perlu bergerak lebih aktif. Boleh juga mendapat bantuan daripada KUIS
  • Solat Hajat untuk Tahun 6 - 26 Ogos 2010 (Jumaat)
  • Kem Smart Solat - 15-17 Oktober 2010
  • Diskusi Ilmiyah - 4 November 2010
Nota: Tarikh dan perancangan aktiviti yang dilaporkan di sini adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan di maklumkan dari masa ke semasa.