Pengesahan penempatan pelajar tahun 1 SKBSP & SRABSP sesi 2011

assalamualaikum,


alhamdullilah, baru jer balik daripada buat pengesahan anak di SRA Bdr seri Putra & SK bdr seri putra.
sedikit maklumat yang ingin dikongsi bersama.Moga bermanfaat.

SRA Bdr Seri Putra.

1)Bilangan pelajar yang berdaftar & ditempatkan di SRA Bdr seri putra bagi tahun 1 sesi 2011 = 202
2)Anggaran pelajar per kelas : 38
3)Anggaran kelas : 6 kelas ( setakat 1/8/2010)
4) Pengesahan boleh dibuat mulai 2/8/2010 ~ 30/8/2010.
   waktu pejabat :isnin ~ jumaat.
   
sumber maklumat: kerani SRA BSP.

SK Bdr Seri Putra.

1) Bilangan pelajar yang berdaftar secara online = 580 pelajar.
2) Bilangan pelajar yang berjaya ditempatkan di SK Bdr seri putra : 411 pelajar
3) Bilangan pelajar yang masih didalam proses penempatan sekolah : 130 pelajar

Nota :
a)semasa pengesahan penempatan dibuat di SK Bdr seri putra , ibu bapa akan dibekalkan dengan
fail peribadi pelajar yang mana senarai semak borang/salinan yang perlu diisi dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 30 sept 2010.
harga fail peribadi tersebut sebanyak RM6.00 sahaja.

b) ada juga yang mendaftar di SK BSP tapi ditempatkan ke SK Bangi.
    Pengesahan penempatan perlu dibuat di sekolah yang ditempatkan terlebih dahulu.
    Rayuan hanya boleh dibuat secara online atau secara manual bermula
    1 September hingga 30 September 2010.
    Keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 30 Oktober 2010
   
    Borang Rayuan boleh didapati dilaman web : http://apps.emoe.gov.my/esppsel/keputusanppt1/

sumber maklumat : Guru HEP SK Bdr seri putra.

- Zulambak