Info selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA-BSP 7 Ogos 2010

Assalammualaikum,


Berikut disenaraikan perkara yang telah diketengahkan semasa mesyuarat PIBG pada 7 Ogos 2010 baru-baru ini.
  1. 26 Ogos (Khamis) - Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat. Bermula 6 petang.
  2. 25 September (Sabtu) - Jamuan Hari Raya.
  3. 16 dan 17 Oktober - Kem Smart Solat.
  4. 4 November - Diskusi Ilmiyah
  5. Persiapan PSRA dengan mengadakan moivasi, seminar, gerak gempur dll.
  6. Bacaan yassin dan tahlil setiap minggu (awal waktu setiap Jumaat)
  7. Target sekolah untuk melahirkan pelajar tahun 6 yang boleh menguasai wirit dan doa selain cemerlang dalam peperiksaan PSRA.
  8. Peperiksaan PSRA (30 Ogos - 3 September) akan dimulakan mulai 2 petang. Akan berbincang dengan SK-BSP agar pelajar yang menduduki PSRA dapat pulang awal dari SK-BSP.
  9. Kekuatan tenaga pengajar sekolah sekarang adalan seramai 36 orang guru (27 perempuan dan 8 lelaki).
  10. Cleaner telah ada 2 orang.
  11. Guru rasa terganggu dengan bunyi hon daripada pengusaha bas sekolah sewaktu hampir tamat pembelajaran.
  12. Aktiviti bulan Ramadhan:
    • Ihya' Ramadhan
    • Khatam Al-Quran sebelum 1 September 2010. Ianya melibatkan pelajar Tahun 4, 5, dan 6.
    • Program khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa untuk Tahun 6
  13. Isu denda atau masalah anak kena tampar. Bagaimanapun tiada sebarang laporan rasmi diterima oleh Guru Besar. Ibubapa digesa berjumpa dengan guru besar jika ada sebarang masalah untuk tindakan selanjutnya. Laporan secara rasmi dengan berjumpa guru besar akan memudahkan sekolah mengambil tindakan terhadap laporan.
  14. Jawatan pengawal keselamatan masih kosong. Ini kerana tanggungjawab 3-dalam-1 tidak ada yang berminat. Mesyuarat bersetuju jawatan tersebut tidak perlu masukkan tugas tukang kebun. Jawatan tersebut hanya untuk mengawal sekolah dan lalu lintas.
  15. Wakaf marmar tangga pos pengawal tinggal 63 unit lagi (daripada 100 unit). Akan dilaksanakan apabila unit wakaf telah penuh disumbangkan.
  16. Yuran PIBG yang masih belum dikutip. PIBG akan berusaha mengutipnya dengan mengenalpasti ibubapa yang belum membayar dan menghantar surat ingatan.
  17. Isu keselamatan pintu masuk sekolah, surat permohonan kepada MPKj telah diserahkan dan tindakan susulan akan dilaksanakan.
  18. Inisiati sekolah untuk mengadakan TAG maklumat kesihatan murid akan memudahkan guru-guru mengenalpasti tahap kesihatan murid.
  19. Kumpulan nasyid sekolah akan diperkenalkan sebagai salah satu aktiviti pelajar dan usaha PIBG untuk mengutip dana sekolah. Ibubapa diharap memberi kerjasama jika anak anda terpilih sebagai ahli kumpulan nasyid sekolah. Sekolah membuka sebarang penganjur untuk menjemput kumpulan nasyid sekolah membuat persembahan ditempat mereka.
  20. Sumbangan koperat dan inidividu sangat ditagih untuk dana PIBG. Ibubapa juga boleh membantu untuk mendapatkan sumbangan tambahan ini.
  21. Mesyuarat menyarankan pentadbiran sekolah duduk bersama dengan SK-BSP (mesyuarat pengurusan) untuk menyelaraskan segala urusan bagi kemudahan ibubapa dan penjaga.
* Nota: Tarikh aktiviti adalah tertakluk kepada perubahan.

Sekian, harap maklum.

Bagi pihak PIBG SRA-BSP

=================================
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRA-BSP)
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor DE.
Tel: 019-******* / 016-*******

 
Hubungi PIBG
YDP: En Lokman Bin Md Sarip
019-7027995, drlokman08@gmail.com

Blogpage: http://srabandarseriputra.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/SRA-Bandar-Seri-Putra/179473523862
Email: srabandarseriputra@gmail.com
============================