Ramadan, Blog dan Kempen Bayar Yuran PIBG

Salam,

Saya baru sahaja balik menaikkan banner di hadapan sekolah. Tiga banner yang baru dinaikkan:

1) Salam Ramadan


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs205.snc4/38569_420840153862_179473523862_4855065_822401_n.jpg

Sekali lagi buat pihak PIBG, saya ingin mengucapkan salam Ramadan kepada semua warga kerja sekolah, anak-anak SRA, ibubapa/penjaga dan juga kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan yang ditempuhi tahun ini adalah Ramadan yang paling bermakna dalam hidup kita.

Disamping ikut, pada 26 Ogos bersamaan 16 Ramadan (Khamis malam Jumaat), insya-Allah akan diadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat terutama untuk pelajar tahun6. Bagaimanapun, semua ibubapa dan pelajar dijemput hadir sama untuk memeriahkan majlis. Sila maklumkan kedatangan anda dengan menghantar email kepada srabandarseriputra@gmail.com dengan menyatakan jumlah ahli keluarga yang akan hadir. Manakala bagi yang ingin menyumbang, bolehlah di masukkan ke akaun PIBG SRA-BSP di Bank Muamalat 140800000626717. SMSkan jumlah yang dimasukkan kepada bendahari PIBG Pn. Noraliza (016-6743938).

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat
26 Ogos / 16 Ramadan
6petang - 10 malam

Semua ibubapa dan pelajar dijemput hadir

2) Blog SRA-BSP

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs278.snc4/40257_423256678862_179473523862_4919130_4055957_n.jpg

Bagi ibubapa yang belum maklum, SRA-BSP mempunyai blognya sendiri. Maklumat terkini dan laporan aktiviti dimuatkan ke dalam blog ini untuk rujukan semua.
Layari http://srabandarseriputra.blogspot.com
Bagi ibubapa yang mempunyai saranan dan cadangan boleh menghantar saranan/cadangan kepada pautan di blog ini.
Semoganya ianya bermanfaat untuk semua.

3) Kempen Membayar Yuran PIBG

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs199.ash2/46218_423256698862_179473523862_4919131_5603082_n.jpg

Pihak PIBG mendapati masih ramai ibubapa yang tidak menjelaskan yuran PIBG. Oleh itu PIBG mengambil langkah dengan memperkenalkan kempen "

Kempen membayar yuran PIBG dengan tema "Yuran PIBG untuk Kemudahan Anak-anak Kita"

Diharap dengan usaha ini dapat mengutip yuran PIBG yang tertangguh untuk kegunaan anak-anak kita.

Akhir kata, Salam Ramadan daripada kami kepada semua.


Bagi pihak PIBG SRA-BSP

=================================
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRA-BSP)
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor DE.
Tel: 019-******* / 016-*******

Hubungi PIBG
YDP: En Lokman Bin Md Sarip
019-7027995, drlokman08@gmail.com

Blogpage: http://srabandarseriputra.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/SRA-Bandar-Seri-Putra/179473523862
Email: srabandarseriputra@gmail.com
============================