Salam Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah akan diadakan pada 21 Januari 2014 (Rabu).

Pertandingan membuat sepanduk

Murid-murid sedang leka menghasilkan sepanduk untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan.

11 Calon PSRA 2013 Mendapat Mumtaz

Tahniah diucapkan kepada 11 orang calon PSRA 2012 yang mendapat Mumtaz. Juga kepada semua calon yang berusaha meningkatkan peratusan PSRA pada tahun ini. Mabruk Alaykum.

Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor 2013

Tahniah buat peserta sekolah yang mewakili daerah Sepang. Tahniah juga buat pasukan Nasyid Perempuan yang mendapat Johan serta peserta Tilawah al-Quran Lelaki yang mendapat tempat ketiga. Tahniah buat semua.

Kem Pengawas 2013

15 dan 16 Februari 2013

Rombongan ke Melaka

Seramai 18 orang murid yang mendapat 85% ke atas dalam PSRA 2012 mengikuti rombongan yang ditaja pihak sekolah dan PIBG ke Melaka pada 4 Disember 2012.

Alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016

Inline images 1

Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016.
Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan.

Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4

https://www.facebook.com/srabandarseriputra

AJK PIBG SRABSP Sesi 2014-2016

Berikut adalah Senarai Nama AJK PIBG SRABSP Bagi Sesi 2014-2016.

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH.

" KE ARAH SEKOLAH CEMERLANG 2017 "

SRABSP: Serah Surau Mumtaz dan AGM PIBG SRABSP 2014



Setahun selepas majlis pecah tanah, Surau Mumtaz berjaya dibina dan diserahkan kepada pentadbir sekolah. Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyumbang.


Gambar semasa AGM.

Kata Akhir YDP PIBG SRABSP sesi 2012-2014











Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah posting terakhir saya sebagai YDP PIBG SRA.

Selama dua tahun AJK PIBG berkerja keras dengan satu harapan iaitu untuk melihat senyuman di muka anak murid SRA. Lihatlah gambar-gambar ini dan anda akan memahami apa yang saya maksudkan. Bagi saya senyuman mereka lebih berharga dari segala-galanya. Saya juga merasa impian dan hasrat kami sedikit sebanyak telah tercapai.
Saya tidak akan huraikan satu-persatu apa yang AJK PIBG telah melakukan dalam dua tahun yang telah berlalu tetapi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan AJK menjalan tugas kami dengan begitu lancar.
Saya juga ingin pohon maaf kalau saya atau mana-mana AJK saya telah menyinggung perasaan sesiapa secara langsung atau tidak langsung.
In Syah Allah, YDP dan AJK baru akan dipilih pada 1 Mac ini untuk menerajui PIBG untuk sesi 2014-16.Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan pengurusan sekolah. Ingat dua prinsip AJK sekarang iaitu...'Sedikit-sedikt lama0lama jadi bukit' dan 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" dengan izin dan bantuan Allah s.w.t.

Sekian, Was salam

Iqbal.

Projek Surau Mumtaz: Berjaya dibina





Alhamdulillah, solat dhuha pagi ni dia SRA!
Full house!





Persiapan terakhir sebelum Majlis Penyerahan Surau Mumtaz sedang giat berlangsung.



Alhamdulillah. Langsir dah dipasang.



And the smiles on their faces is worth more than anything.

It was worth it! The Surau Mumtaz is packed to tbe brim. To all the contributions....this is the end result. May Allah bless you all.















Mesyuarat Terakhir PIBG SRABSP

26 FEB, ulangtahun kelahiran YDP PIBG, Tuan Iqbal kita. Sempena ulangtahun beliau, kami AJK PIBG meraikannya semasa mesyuarat terakhir AJK malam tadi.

Alhamdulillah PIBG telah bersedia untuk AGM Sabtu ini. Dijemput semua ibubapa mulai jam 8.00 pagi.

Seperti biasa agenda pertama kita adalah SARAPAN di KANTIN.

Jam 8.30 pagi, kita akan mula mesyuarat di SURAU MUMTAZ yang baru dibina.

Semoga usaha PIBG sedia ada akan diteruskan oleh barisan PIBG sesi seterusnya.












ESOK SABTU 1 Mac 2014 - Mesyuarat Agung PIBG



Mesyuarat Agung PIBG
SRA Bandar Seri Putra
Kali ke-5 dan
Majlis Penyerahan Surau Mumtaz

1 Mac 2014
Sabtu
8.00-11.00 pagi
Surau Mumtaz SRABSP

"PIBG Unggul Penjana Generasi Mumtaz"