Salam Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah akan diadakan pada 21 Januari 2014 (Rabu).

Pertandingan membuat sepanduk

Murid-murid sedang leka menghasilkan sepanduk untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan.

11 Calon PSRA 2013 Mendapat Mumtaz

Tahniah diucapkan kepada 11 orang calon PSRA 2012 yang mendapat Mumtaz. Juga kepada semua calon yang berusaha meningkatkan peratusan PSRA pada tahun ini. Mabruk Alaykum.

Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor 2013

Tahniah buat peserta sekolah yang mewakili daerah Sepang. Tahniah juga buat pasukan Nasyid Perempuan yang mendapat Johan serta peserta Tilawah al-Quran Lelaki yang mendapat tempat ketiga. Tahniah buat semua.

Kem Pengawas 2013

15 dan 16 Februari 2013

Rombongan ke Melaka

Seramai 18 orang murid yang mendapat 85% ke atas dalam PSRA 2012 mengikuti rombongan yang ditaja pihak sekolah dan PIBG ke Melaka pada 4 Disember 2012.

Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

SRABSP: Carboot Sale 27 Jan 2013 di Tapak Pasar Malam BSP

Inline images 1

Satu lagi projek PIBG untuk mengisi tabung PIBG

PIBG SRABSP

Projek Laluan Berbumbung dan Pintu Masuk Kedua - Siap Dibina

Assalammualikum.

Alhamdulillah dengan pertolongan semua, SRA Bandar Seri Putra telah mempunyai laluan pejalan kali berbumbung daripada pintu pagar hingga rumah sampah yang hampir ke kantin sekolah. Pihak PIBG, sekolah, ibubapa dan anak-anak SRA BSP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyumbang ke arah projek ini. Hanya sedikit lagi penyambungan daripada rumah sampah ke kantin sahaja masih belum berbumbung. Oleh itu sebarang sumbangan masih dialu-alukan.

Insya-Allah untuk tahun 2013, PIBG SRABSP merancang (masih perbincangan ditahap awal) untuk mencari dana bagi membina surau/dewan bagi kegunaan anak-anak dan juga masyarakat setempat (boleh disewakan untuk sebarang keraian). Diharap semua pihak dapat menyokong projek ini.

Sekali lagi terima kasih kepada semua.

Inline images 5
Laluan sebelum pembinaan

Inline images 4
Laluan selepas pembinaan

Inline images 1
Suasana laluan pejalan kaki berbumbung

Inline images 2
Pandangan sisi

Inline images 3
Tempat menunggu dan laluan kedua berbumbung

Bagi Pihak PIBG SRABSP

Utusan YDP SRABSP Tahun 2013

Inline images 1

Inline images 2

Assalamualaikum pada semua ibubapa.
Bagi pihak PIBG saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah membantu kami pada tahun 2012. Tanpa sokongan para ibu-bapa, kami tidak dapat melaksanakan tugus-tugas kami dengan sempurna.
Kami berharap agar tahun ini kami akan mendapat sokongan lagi semoga kami dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah kami rancangkan dengan jayanya.
Kepada ibubapa murid-murid Tahun 1, saya ucapkan selamat datang ke SRA Bandar Seri Putra. Kami berharap sangat sokongan anda.
En. Iqbal
YDP PIBG SRA-BSP
 012-656 3033

Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Telah Bermula

Alhamdulillah, projek laluan pejalan kaki telah pun bermula.

Sebarang sumbangan masih boleh disalurkan secara tunai atau melalui online ke akaun PIBG, Bank Muamalat akaun nombor 1408-0000-626-717 atau cek ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yang Di-Pertua PIBG SRA-BSP, Mohammed Iqbal di talian 012-6563033 atau email miqbalk@hotmail.com.

Inline images 1

Bagi pihak PIBG SRABSP

Karnival Amal SRABSP 2012

Alhamdulillah, Karnival Amal SRABSP 2012 berjaya diadakan pada 2 dan 3 November 2012 yang lalu. Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA Bandar Seri Putra (SRABSP) dengan kerjasasa Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang dan Badan Kebajikan Guuru (BKG) SRABSP.

Tahniah kepada semua warga kerja karnival yang berhempas pulas menjayakannya. Setiap pengorbanan itu ada ganjaran di sisi Allah s.w.t., In Sya Allah.


Lagi gambar, sila klik di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151179883613863.470159.179473523862

Karnival Oh Karnival

Tujuan karnival ini dilaksanakan adalah untuk membina susur gajah/laluan pejalan kaki dari pondok jaga/pintu pagar ke kantin sekolah. Ia perlu untuk kegunaan para pelajar berlindung daripada hujan dan panas.

Sama-sama menyumbang dengan belian kupon tersebut demi mencapai hasrat PIBG dan sekolah untuk membina laluan berbumbung tersebut.

Sekalung penghargaan kepada penjaga yang sama-sama menyumbang program tersebut demi untuk anak-anak kita bersama.

https://www.facebook.com/srabandarseriputra/posts/374465822636658

Peperiksaan Akhir Tahun dan Karnival Amal

1. Peperiksaan Akhir Tahun

Inline images 1


Inline images 1
Klik untuk pembesaran


2. Karnival Amal SRA Bandar Seri Putra


Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6
* Klik untuk pembesaran