Salam Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Sekolah akan diadakan pada 21 Januari 2014 (Rabu).

Pertandingan membuat sepanduk

Murid-murid sedang leka menghasilkan sepanduk untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan.

11 Calon PSRA 2013 Mendapat Mumtaz

Tahniah diucapkan kepada 11 orang calon PSRA 2012 yang mendapat Mumtaz. Juga kepada semua calon yang berusaha meningkatkan peratusan PSRA pada tahun ini. Mabruk Alaykum.

Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Negeri Selangor 2013

Tahniah buat peserta sekolah yang mewakili daerah Sepang. Tahniah juga buat pasukan Nasyid Perempuan yang mendapat Johan serta peserta Tilawah al-Quran Lelaki yang mendapat tempat ketiga. Tahniah buat semua.

Kem Pengawas 2013

15 dan 16 Februari 2013

Rombongan ke Melaka

Seramai 18 orang murid yang mendapat 85% ke atas dalam PSRA 2012 mengikuti rombongan yang ditaja pihak sekolah dan PIBG ke Melaka pada 4 Disember 2012.

Showing posts with label Infrastruktur dan Prasarana. Show all posts
Showing posts with label Infrastruktur dan Prasarana. Show all posts

Kedudukan Kelas 2014

Berikut adalah pelan kedudukan kelas bagi sesi persekolahan 2014.

Aras Bawah: Tahun 1 dan Tahun 6
Aras Dua: Tahun 2 dan Tahun 4
Aras Tiga:Tahun 3 dan Tahun 5

Projek Laluan Berbumbung dan Pintu Masuk Kedua - Siap Dibina

Assalammualikum.

Alhamdulillah dengan pertolongan semua, SRA Bandar Seri Putra telah mempunyai laluan pejalan kali berbumbung daripada pintu pagar hingga rumah sampah yang hampir ke kantin sekolah. Pihak PIBG, sekolah, ibubapa dan anak-anak SRA BSP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu dan menyumbang ke arah projek ini. Hanya sedikit lagi penyambungan daripada rumah sampah ke kantin sahaja masih belum berbumbung. Oleh itu sebarang sumbangan masih dialu-alukan.

Insya-Allah untuk tahun 2013, PIBG SRABSP merancang (masih perbincangan ditahap awal) untuk mencari dana bagi membina surau/dewan bagi kegunaan anak-anak dan juga masyarakat setempat (boleh disewakan untuk sebarang keraian). Diharap semua pihak dapat menyokong projek ini.

Sekali lagi terima kasih kepada semua.

Inline images 5
Laluan sebelum pembinaan

Inline images 4
Laluan selepas pembinaan

Inline images 1
Suasana laluan pejalan kaki berbumbung

Inline images 2
Pandangan sisi

Inline images 3
Tempat menunggu dan laluan kedua berbumbung

Bagi Pihak PIBG SRABSP

Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Telah Bermula

Alhamdulillah, projek laluan pejalan kaki telah pun bermula.

Sebarang sumbangan masih boleh disalurkan secara tunai atau melalui online ke akaun PIBG, Bank Muamalat akaun nombor 1408-0000-626-717 atau cek ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yang Di-Pertua PIBG SRA-BSP, Mohammed Iqbal di talian 012-6563033 atau email miqbalk@hotmail.com.

Inline images 1

Bagi pihak PIBG SRABSP